Monday, January 11, 2016

Ayam sambal bali

 Assalamualaikum.

Semalam  masak ayam sambal bali, resepi dari facebook ramai sangat orang share telan air liur tau tak so marila kita cuba

bahan bahannya

Ayam
serai
daun kari
cili kering
bawang merah
bawang putih
halia
kicap
gula
garam



  • cara caranya ayam tu goreng manja manja jangan lama lama nanti keras kejung pastu blend cili kering dengan bawang yang banyak seulas bawang putih, satu inci halia
  • masukkan serai 8 titik dalam kuali, kemudian bila dah kekuningan masukkan daun kari goreng sampai berubah warna.
  • masukkan cili masak sampai kering
  • letak kicap 5 titik
  • masukkan garam dan gula
  • goreng sampai pecah minyak sampai berubah warna
siap! memang sedap makan dengan nasi panas. yummy


Wednesday, December 23, 2015

Ayam penyet


Assalamualaikum...

Al kisah teringin nak makan ayam penyet wong solo. Nak makan secara tamak haha so jadilah nasi ayam penyet ala ala wong solo. serius sedap sangat matila puji masakan sendiri.

resepi google je, kalau korang teringin gak nak buat sila lah rajin menggoogle eh ...


Alhamdulillah kenyang sampai perut ketat..hehe

Till then :)

Wednesday, December 16, 2015

Laman Grill :)

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih bernyawa di bumi Allah ini. Terima kasih YA Allah memberi rezeki pada kami sekeluarga. Meh meh nak cerita sikit pasal jalan jalan cari makan hehe. Dah lama nak cuba makan dekat laman grill ni. kalau tak silap restoran ni milik cheff zubir mastercheff. Wah restoran ni cantik! lampu malap malap je sesuai lah korang nak candle light dinner dengan yang tersayang.


sementara food sampai mak dengan anak selfie kejap haha tengok lah budak tu kemain senyum dia.

spagheti carbonara kongsi dengan amanda. sedap sangat tak muak langsung. 

ni husband punya. sedap sangat

desert ni untuk budak kecik tu sebenarnya tapi takde nya dia nak makan kuis kuis je, ini pon sedap gak

nyumnyum


total makan semua RM115 bagi aku mahal lah tapi berbaloi dengan kesedapan dia. kalau ade duit lebih bolehla makan lagi haha...

jumpa lagi di next entry bye :)

Wednesday, November 18, 2015

short vacation


Kali ni plan nak pergi holiday dekat dekat je. kemana kita pulak kali ni? ke PRIMALAND PORT DICKSON pergi 2 hari 1 malam je hehe.. sebab apa pergi sini sebab ade theme park so dapatla happykan anak kan tapi aku rasa mak bapak yang terlebih happy haha


kami pergi 14 hbulan hari sabtu check in pukul 2 lebih macam tu. Ni la rupa theme park dia janganlah nak expect macam kat sunway gambang ke ape hehe. Dulu nama hotel ni tiara beach resort sekarang dah tukar nama. Masuk sini RM40.00 tapi kami amik pakej sekali bilik lah takdela rasa mahal boleh gitu? 

hari pertama tu kitorang turun mandi lambat dalam pukul 5 sebab nak mandi kol 3 panas betul kang hitam pulak. huhu


ni pagi ahad turun awal nak mandi memang best betullah, anak aku tu la happy je dapat air masa kecik tak berani cengeng je nampak air haha. 





eh ni nak mandi ke nak tidur haha.. 
walaupun cuti kejap je tapi happylah, lepas ni ada rezeki lain nak pergi gambanglah insyaallah.


okla jumpa lagi di next entry..

Thursday, October 8, 2015

jalan jalan taman burung

Assalamualaikum..

Kali ni bawak Airis Amanda pergi jalan taman burung pulak, bagi dia berani sikit, ternyata dia tak takut langsung. Masuk sini rm 25 dewasa kanak kanak free. 

Aku suka tempat ni sebab bersih dan cantik. kalau ada bau taik tu biasalah burung  berak haha.

tengok gambar jela ye ^_^




cubaan memegang peacock


ha ni suka mematuk siapa yang lalu. kasut laki aku kene pakok hahahaha...


hai semua





memang buang kalori lah jalan kat sini berpeluh peluh


hello peacock.




Tu jelah dapat cerita, kalau nak bawak anak korang sila la bawak ye. yang penting bawak air sendiri sini mahal gilo. kalau ada topi pakailah topi nanti kena berak atas kepala pulak..

bye

Friday, September 11, 2015

cuti cuti di cherating

Hello!

Percutian 3 hari 2 malam kt cherating. kali ni bawak besday girl jalan sempena besday dia. Ada rezeki kita bawak dia jalan jalan la ye, 3 jam lebeh perjalanan akhirnya sampai juga kat cherating.


our room view. Suria cherating beach resort. cantik sangat tempat ni aku amik terrace garden view senang je nak lompat dalam swimming pool.Harga satu malam rm258.


sangat mendamaikan jiwa lepak sini pasir cantik halus, angin kuat gila.. suka sangat lah tapi sayang cannot mandi sebab sini kawasan bahaya.


my princess besday girl cik airis amanda kita, happy besday yang ke 2 tahun sayang. hope cik manda kita happy dapat jalan jalan sampai sini ye hihi. tapi memang dialah yang paling happy. Dulu masa kecik taknak mandi swimming pool sebab takut sekarang memang taklah, dia nak lepas tangan macam dah besar je ye, suka sangat mandi swimming pool. part nak ajak naik memang buat drama swasta haha. biasalah tu namanya anak kikiki...




Dinner kitorang makan dekat warung awang ikan bakar, ramai cakap makan kat sini sedap. memang sedap pun dah lah murah sangat sangat. sotong sedap ikan sedap sayur sedap semua lah sedap. u guys kena try kalau datang cherating.


hari kedua stay kat chalet payungguest, sebab hotel penuh dapat stay semalam je, takpe ai okay jeee..


ni budak sangatlah sporting haha thanks sayang tak meragam stay kat sini.


sebelum balik kitorang singgah minum kat kedai kopi haipeng. jauh gakla nak pergi, guna waze je mesti sampai:)

Aku tengok kat google cakap kopi ni terbaik, sebagai pengtegar kopi memang sedap pon. terbaik!


Ni lagi satu sedap gilo, namanya roti kahwin sebab dah kenyang makan satu je sebelum tu dah melantak roti bakar pisang haha. Lepas makan terus gerak balik.


Thursday, April 23, 2015

happy birthday sayang :)

Assalamualaikum.

happy birthday untuk husbandku yang tersayang, semoga panjang umur murah rezeki.
Malam tadi baru ada masa free nak celebrate birthday dia, al maklumlah dia tu busy mengalahkan menteri haha :P

destinasi ke ioi mall putrajaya. jalan jalan nampak kedai makan new york steak. yang penting halal 

 with my amanda, kesian dia tak berapa sehat thanks sayang teman mama papa keluar jalan.


steak kegemaran suami.

spagheti. tak berapa nak kena dengan tekak aku. :(


iols tak pandai nak buat suprise ni, letak hadiah dalam bonet kete pastu konon konon suruh dia ambilkan barang iols haha.....

hope u like it :) 

happy birthday darling..