Friday, May 31, 2013

carta pergerakkan bayi..

hari ni dah masuk 28 minggu,syukur alhamdulillah semuanya okay..and hari ni jugak saya dah kene kira pergerakkan bayi :)



ni la contoh cara-cara nak kira, dari pukul 9 sampailah ke pergerakkan ke 10 time tu kita tengokla pukul berapa kali yang ke 10 :)

tak sabar sebenarnya nak tgk anak sendiri ni hihi..semoga semua dipermudahkan ..Amin

Thursday, May 9, 2013

Pengalaman minum air gula

 Assalamualaikum.

kali ni nak share pengalaman minum air gula yang manis giler itew! sekarang ni yang berumur atas 25 tahun wajib minum air gula kan? so masa pregnant 5 bulan aritu, dengan bangganya nurse cakap awak dah boleh boleh air gula ni, sebab aku cakap dah takde rasa mual-mual dah, dats y lah nurse confident suh aku pergi minum air gula.

so malam sebelum minum air gula tu, aku kene puasa dulu start dari pukul 10 malam sampai 8 pagi cenggitu. Pagi2 dah kuar rumah sebab appoiment kol 8 suami ku setia menemani mihmih..

mula-mula sampai tu kene ambil darah dulu ye, sebab nak check sebelum dan selepas minum air gula. Time first ambil darah tu okay je laju je darah ni masuk dalam jarum tu, actually sakit jugak haha takpelah beranak lagi sakit so terima je.

then pergi pantry klinik diorang dah sediakan air gula satu cawan plastik, masa ni ada sorang kakak ni duk terkumat kamit mulut sebab tak tahan manis haaha. aku pun macam lek je minum air tu satu teguk gak aku minum , tapi sebab kesian tgk kakak depan aku ni aku benti then aku cakap kat dia, akak jangan berenti2 minum, sekali teguk je so kurang la rasa tak sedap tu...so dia ikut cakap aku hihi.. berjaya gak dia habiskan, pergh manis jangan cakaplah kan..dah lah takleh minum air lagi time tu memang terasa-terasa kat tekak tau..apepun nilah pengalaman aku yang pertama kali minum air gula..best apa..kite kene enjoy waktu pregnant ni :)


lepas minum tu kene tunggu 2 jam lepas tu ambil darah balik, masa ni darah aku malu-malu nak keluar,cis dah kenapa. mula -mula cucuk kat tangan kanan.sekali tak jumpa urat sakit nak mampos okay, nurse ni kemain konpident je tau, nasib aku lek je tak tunjuk sangat...


sebab tak berjaya tangan kanan, kita cucuk tangan kiri, takdak jugak darah kuar, siap cucuk dua tempat nanges dalam hati. last2 jumpa..sakit weh..lepas setel terus pergi makan nasi kat kedai mak mertua lapa sangat2 kot haha..

so tula pengalaman minum air gula, so isnin ni keputusan keluar, semoga semua okay-okay jek..hehe okay selamat membaca korang...:)

Friday, May 3, 2013

24weeks

 Assalamualaikum




hai salam jumaat semua, pejam celik sudah masuk 24weeks my baby bump hee. lagi 4 bulan la lebeh kurang kan , insyAllah semoga semua baik-baik saja.

hoi tgklah badanku, kembang sekembangnya! hidung pipi,kaki,jari,perut pastu yg bawah2 tu semua kembang dengan jayanya hahaha...

rasa mcm comel je tgk diri sendiri mcam ni..kikiki..


okaylah see next entry ya..daaaaaaaaa :)