Monday, January 11, 2016

Ayam sambal bali

 Assalamualaikum.

Semalam  masak ayam sambal bali, resepi dari facebook ramai sangat orang share telan air liur tau tak so marila kita cuba

bahan bahannya

Ayam
serai
daun kari
cili kering
bawang merah
bawang putih
halia
kicap
gula
garam



  • cara caranya ayam tu goreng manja manja jangan lama lama nanti keras kejung pastu blend cili kering dengan bawang yang banyak seulas bawang putih, satu inci halia
  • masukkan serai 8 titik dalam kuali, kemudian bila dah kekuningan masukkan daun kari goreng sampai berubah warna.
  • masukkan cili masak sampai kering
  • letak kicap 5 titik
  • masukkan garam dan gula
  • goreng sampai pecah minyak sampai berubah warna
siap! memang sedap makan dengan nasi panas. yummy